Page 183 - BK PRIBADI SOSIAL Biblioterapi, Melalui Kisah Pribadi Diasah
P. 183
Antara Sabar dan Mengeluh
” Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang
yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah
akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka.”
P
ada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul
Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf
tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri
wajahnya. “Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah
secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti
kerana tidak pernah risau dan bersedih hati.”
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan
lalu ia bertanya, “Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah
aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati
kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku
dalam hal ini.”
Abu Hassan bertanya, “Bagaimana hal yang
merisaukanmu?” Wanita itu menjawab, “Pada suatu hari
ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan
pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh
bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku
bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang
agak besar berkata pada adiknya, “Hai adikku, sukakah aku
tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih
kambing?”
172