Page 206 - BK PRIBADI SOSIAL Biblioterapi, Melalui Kisah Pribadi Diasah
P. 206
Penilaian Orang
“Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu
tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu
melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis
keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya
(mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan
hatinya (keperibadiannya).
D
alam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari
Luqman al-Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan
menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari
belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang
pun berkata, “lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa,
sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki.”
Setelah mendengarkan desas-desus daripada orang
ramai itu maka Luqman pun turun dari himarnya itu
diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian,
maka orang di pasar itu berkata pula, “lihat orang tuanya
berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu,
sungguh kurang adab anak itu.”
Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun
terusnaik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan
anaknya. Kemudian orang ramai berkata lagi, “lihat itu, dua
orang menaiki seekor himar, sungguh menyeksakan himar
itu.”
195