Page 207 - BK PRIBADI SOSIAL Biblioterapi, Melalui Kisah Pribadi Diasah
P. 207
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang,
maka Luqman dan anaknya turun daripada himar itu,
kemudian terdengar lagi suara orang berkata, “Dua orang
berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai.”
Dalam berjalan pulang ke rumah, luqman al-Hakim
telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah
mereka, katanya, “sesungguhnya tiada seorang pun terlepas
daripada percakapan manusia. Maka orang yang berakal
tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada
Allah SWT sahaja. Barang siapa mengenali kebenaran, itulah
yang menjadi pertimbangan dalam tiap-tiap satu.”
Kemudian Luqman hakim berpesan kepada anaknya,
katanya, “wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya
kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir
itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis
keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya
(mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan
hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada
tiga perkara itu ialah orang yang suka merendah-rendahkan
dan meringan-ringankannya.”
196