Page 90 - Menelisik Pemikiran Islam
P. 90

3.  Golongan  yang  takut  kehilangan  pangkat  dan
                       jabatan, pengaruh dan kedudukan. Maka golongan
                       ini  memusuhi  beliau  supaya  dakwah  Islamiyah
                       yang  dilancarkan  oleh  Syeikh  yang  berpandukan
                       kepada  aqidah  Salafiyah  murni  gagal  kerana
                       ditelan  oleh  suasana  hingar-bingarnya  penentang
                       beliau.

                   Demikianlah  tiga  jenis  musuh  yang  lahir  di  tengah-
               tengah  nyalanya  api  gerakan  yang  digerakkan  oleh  Syeikh
               dari  Najd  ini,  yang  mana  akhirnya  terjadilah  perang
               perdebatan  dan  polemik  yang  berkepanjangan  di  antara
               Syeikh  di  satu  pihak  dan  lawannya  di  pihak  yang  lain.
               Syeikh menulis surat-surat dakwahnya kepada mereka, dan
               mereka menjawabnya. Demikianlah seterusnya.
                   Perang  pena  yang  terus  menerus  berlangsung  itu,
               bukan  hanya  terjadi  di  masa  hayat  Syeikh  sendiri,  akan
               tetapi  berterusan  sampai  kepada  anak  cucunya.  Di  mana
               anak cucunya ini juga ditakdirkan Allah menjadi ulama.

                   Merekalah    yang   meneruskan    perjuangan    al-
               maghfurlah  Syeikh  Muhammad  bin  'Abdul  Wahab,  yang
               dibantu  oleh  para  muridnya  dan  pendukung-pendukung
               ajarannya.
                   Demikianlah perjuangan  Syeikh  yang berawal  dengan
               lisan, lalu dengan pena dan seterusnya dengan senjata, telah
               didukung  sepenuhnya  oleh  Amir  Muhammad  bin  Saud,
               penguasa Dar'iyah.

                   Beliau memulakan jihadnya dengan pedang pada tahun
               1158  H.  Sebagaimana  kita  ketahui  bahwa  seorang  da'i
               ilallah, apabila tidak didukung oleh kekuatan yang mantap,
               pasti dakwahnya akan surut, meskipun pada tahap pertama


                                              Menelisik Pemikiran Islam | 83
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95