Page 94 - Menelisik Pemikiran Islam
P. 94
Masjid-masjid telah penuh dengan penuntut-penuntut
ilmu yang belajar tentang pelbagai macam ilmu Islam,
terutama tafsir, hadith, tarikh Islam, ilmu qawa'id dan lain-
lain lagi.
Meskipun kecenderungan dan minat mansyarakat
demikian tinggi untuk menuntut ilmu agama, namun
mereka pun tidak ketinggalan dalam hal ilmu-ilmu
keduniaan (sekular) seperti ilmu ekonomi, pertanian,
perdagangan, pertukangan dan lain-lain lagi yang mana
semuanya itu diajarkan di masjid dan dipraktekkan dalam
kehidupan mereka sehari-hari.
Setelah kejayaan Syeikh Muhammad bersama keluarga
Amir Ibnu Saud menguasai dan mentadbir daerah Najd,
maka sasaran dakwahnya kini ditujukan ke negeri Mekah
dan negeri Madinah (Haramain) dan daerah Selatan Jazirah
Arab. Mula-mula Syeikh menawarkan kepada mereka
dakwahnya melalui surat menyurat terhadap para
ulamanya, namun mereka tidak mau menerimanya. Mereka
tetap bertahan pada ajaran-ajaran nenek moyang yang
mengkeramatkan kuburan dan mendirikan masjid di
atasnya, lalu berduyun-duyun datang ke tempat itu
meminta syafaat, meminta berkat, dan meminta agar
dikabulkan hajat pada ahli kubur atau dengan
mempersekutukan si penghuni kubur itu dengan Allah
SWT.
Sebelas tahun setelah meninggalnya kedua tokoh
mujahid ini, yaitu Syeikh dan Amir Ibnu Saud, kemudian
tampillah Imam Saud bin 'Abdul 'Aziz untuk meneruskan
perjuangan pendahulunya. Imam Saud adalah cucu kepada
Amir Muhammad bin Saud, rakan seperjuangan Syeikh
semasa beliau masih hidup.
Menelisik Pemikiran Islam | 87