Page 92 - Menelisik Pemikiran Islam
P. 92

(senjata) yang menurut keterangan al-Qur'an al-Hadid fihi
               basun  syadid  iaitu,  besi  waja  yang  mempunyai  kekuatan
               dahsyat.  Iaitu  berupa  senjata  tajam,  senjata  api,  peluru,
               senapang, meriam, kapal perang, nuklear dan lain-lain lagi,
               yang pembuatannya mesti menggunakan unsur besi.
                   Sungguh  besi  itu  amat  besar  manfaatnya  bagi
               kepentingan  umat  manusia  yang  mana  al-Qur'an
               menta'birkan  dengan  Wama  nafiu  linasi  iaitu  dan  banyak
               manfaatnya  bagi  umat  manusia.  Apatah  lagi  jika
               dipergunakan  bagi  kepentingan  dakwah  dan  menegakkan
               keadilan  dan  kebenaran  seperti  yang  telah  dimanfaatkan
               oleh Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahab semasa gerakan
               tauhidnya tiga abad yang lalu.

                   Orang  yang  mempunyai  akal  yang  sihat  dan  fikiran
               yang  bersih  akan  mudah  menerima  ajaran-ajaran  agama,
               sama ada yang dibawa oleh Nabi, maupun oleh para ulama.
               Akan  tetapi  bagi  orang  zalim  dan  suka  melakukan
               kejahatan,  yang  diperhambakan  oleh  hawa  nafsunya,
               mereka  tidak  akan  tunduk  dan  tidak  akan  mau
               menerimanya,  melainkan  jika  mereka  diiring  dengan
               senjata.

                   Demikianlah  Syeikh  Muhammad  bin  'Abdul  Wahab
               dalam  dakwah  dan  jihadnya  telah  memanfaatkan  lisan,
               pena  serta  pedangnya  seperti  yang  dilakukan  oleh
               Rasulullah SAW sendiri, di waktu baginda mengajak kaum
               Quraisy  kepada  agama  Islam  pada  waktu  dahulu.  Yang
               demikian  itu  telah  dilakukan  terus  menerus  oleh  Syeikh
               Muhammad selama lebih kurang 48 tahun tanpa berhenti,
               iaitu dari tahun 1158 hinggalah akhir hayatnya pada tahun
               1206 H.




                                              Menelisik Pemikiran Islam | 85
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97