Page 95 - Menelisik Pemikiran Islam
P. 95
Berangkatlah Imam Saud bin 'Abdul 'Aziz menuju
tanah Haram Mekah dan Madinah (Haramain) yang dikenal
juga dengan nama tanah Hijaz. Mula-mula beliau bersama
pasukannya berjaya menawan Ta'if. Penaklukan Ta'if tidak
begitu banyak mengalami kesukaran kerana sebelumnya
Imam Saud bin 'Abdul 'Aziz telah mengirimkan Amir
Uthman bin 'Abdurrahman al-Mudhayifi dengan membawa
pasukannya dalam jumlah yang besar untuk mengepung
Ta'if. Pasukan ini terdiri dari orang-orang Najd dan daerah
sekitarnya. Oleh kerana itu Ibnu 'Abdul 'Aziz tidak
mengalami banyak kerugian dalam penaklukan negeri Ta'if,
sehingga dalam waktu singkat negeri Ta'if menyerah dan
jatuh ke tangan Wahabi.
Di Ta'if, pasukan muwahidin membongkar beberapa
maqam yang di atasnya didirikan masjid, di antara maqam
yang dibongkar adalah maqam Ibnu Abbas r.a. Masyarakat
tempatan menjadikan maqam ini sebagai tempat ibadah,
dan meminta syafaat serta berkat daripadanya. Dari Ta'if
pasukan Imam Saud bergerak menuju Hijaz dan mengepung
kota Mekah. Manakala gabenor Mekah mengetahui hal
ehwal pengepungan tersebut (waktu itu Mekah di bawah
pimpinan Syarif Husin), maka hanya ada dua pilihan
baginya, menyerah kepada pasukan Wahabi atau melarikan
diri ke negeri lain. Ia memilih pilihan kedua, iaitu melarikan
diri ke Jeddah. Kemudian, pasukan Saud segera masuk ke
kota Mekah untuk kemudian menguasainya tanpa
perlawanan sedikit pun.
Tepat pada waktu fajar, Muharram 1218 H, kota suci
Mekah sudah berada di bawah kekuasaan muwahidin
sepenuhnya. Seperti biasa, pasukan muwahidin sentiasa
mengutamakan sasarannya untuk menghancurkan patung-
patung yang dibuat dalam bentuk kubah di perkuburan
88 | Asep Solikin