Page 97 - Menelisik Pemikiran Islam
P. 97
sekutunya Turki, mengirimkan pasukannya untuk
membebaskan tanah Hijaz, terutama Mekah dan Madinah
dari tangan muwahidin sekaligus hendak mengusir mereka
keluar dari daerah tersebut.
Adapun sebab campurtangan pemerintah Mesir dan
Turki itu adalah seperti yang telah dikemukakan pada
bahagian yang lalu, iaitu kerana pergerakan muwahidin
mendapat banyak tentangan dari pihak musuh-musuhnya,
sama ada ianya dari pihak dalam Islam sendiri ataupun dari
luarnya, yang mana tujuan mereka sama iaitu untuk
memulau dan memadamkan api gerakan dakwah
salafiyyah. Oleh kerana musuh-musuh gerakan salafiyyah
tidak mempunyai kekuatan yang memadai untuk
menentang pergerakan Wahabiyah, maka mereka
menghasut pemerintah Mesir dan Turki dengan
menggunakan nama agama, seperti yang telah diterangkan
pada bahagian yang lalu. Maka menyerbulah pasukan Mesir
dan Turki ke negeri Hijaz untuk membebaskan kedua-dua
kota suci Mekah dan Madinah dari cengkaman kaum
muwahiddin, sehingga terjadilah peperangan di antara
Mesir bersama sekutunya Turki di satu pihak menentang
pasukan muwahidin dari Najd dan Hijaz di pihak lain.
Peperangan ini telah berlangsung selama tujuh tahun, iaitu
dari tahun 1226 hingga 1234 H.
Dalam masa perang tujuh tahun itu tidak sedikit
kerugian yang dialami oleh kedua belah pihak, terutama
dari pihak pasukan Najd dan Hijaz, selain kerugian harta
benda, tidak sedikit pula kerugian nyawa dan tubuh
manusia. Tetapi syukur alhamdulillah, setelah lima tahun
berlangsung perang saudara di antara Mesir-Turki dan
Wahabi, pihak Mesir maupun Turki sudah mulai jemu dan
bosan menghadapi peperangan yang berpanjangan itu.
90 | Asep Solikin