Page 99 - Menelisik Pemikiran Islam
P. 99

lagi  ke  perkuburan  dan  makhluk-makhluk  lainnya.  Masjid
            mulai kelihatan semarak dan lebih banyak dikunjungi oleh
            umat  Islam,  berbanding ke maqam-maqam yang  dianggap
            keramat seperti sebelumnya.

                 Khususnya  daerah  Hijaz  dengan  kota  Mekah  dan
            Madinah, begitu lama terputus hubungan dengan Kerajaan
            (daulah) Saudiyah, iaitu semenjak perlanggaran Mesir dan
            sekutunya  pada  tahun  1226  -1342,  yang  bererti  lebih
            kurang seratus duapuluh tujuh tahun wilayah Hijaz terlepas
            dari  tangan  dinasti  Saudiyah.  Dan  barulah  kembali  ke
            tangan  mereka  pada  tahun  1343  H,  iaitu  di  saat  daulah
            Saudiyah  dipimpin  oleh  Imam  'Abdul  'Aziz  bin
            'Abdurrahman  bin  Faisal  bin  Turki  bin  'Abdullah  bin
            Muhammad  bin  Saud,  cucu  keempat  dari  pendiri  dinasti
            Saudiyah, Amir Muhammad bin Saud al-Awal.
                 Menurut sejarah, setelah Mekah - Madinah kembali ke
            pangkuan  Arab  Saudi pada tahun  1343,  hubungan  Saudi  -
            Mesir  tetap  tidak  begitu  baik  yang  mana  tidak  ada
            hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara tersebut,
            meskipun  kedua-dua  bangsa  itu  tetap  terjalin  ukhuwah
            Islamiyah.

                 Hanya setelah Raja Faisal menaiki tahta menjadi ketua
            negara  Saudi,  hubungan  Saudi  -  Mesir  disambung kembali
            sehingga kini.

            Kematiannya
                 Muhammad  bin  'Abdul  Wahab  telah  menghabiskan
            waktunya selama  48  tahun  lebih  di  Dar'iyah.  Keseluruhan
            hidupnya  diisi  dengan  kegiatan  menulis,  mengajar,
            berdakwah  dan  berjihad  serta  mengabdi  sebagai  menteri
            penerangan Kerajaan Saudi di Tanah Arab.


            92 | Asep Solikin
   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104