Page 71 - Menelisik Pemikiran Islam
P. 71

Ancaman  ini  amat  mempengaruhi  fikiran  Amir
            Uthman,  kerana  ufti  dari  wilayah  Badwi  sangat  besar
            ertinya baginya. Adapun cukai yang mereka terima adalah
            terdiri dari emas tulin.

                 Didesak  oleh  tuntutan  tersebut,  terpaksalah  Amir
            Uyainah  memanggil  Syeikh  Muhammad  untuk  diajak
            berunding  bagaimanakah  mencari  jalan  keluar  dari
            ancaman tersebut.  Soalnya,  dari pihak  Amir  Uthman  tidak
            pernah  sedikit  pun  terfikir  untuk  mengusir  Tuan  Syeikh
            dari  Uyainah,  apatah  lagi  untuk  membunuhnya.  Tetapi,
            sebaliknya  dari  pihaknya  juga  tidak  terdaya  menangkis
            serangan  pihak  suku  Badwi  itu.  Maka,  Amir  Uthman
            meminta kepada Tuan Syeikh Muhammad supaya dalam hal
            ini demi keselamatan bersama dan untuk menghindari dari
            terjadinya pertumpahan darah, sebaik-baiknya Tuan Syeikh
            bersedia  mengalah  untuk  meninggalkan  negeri  Uyainah.
            Tuan Syeikh menjawab seperti berikut:
                 "Tuan Amir! Sebenarnya apa yang aku sampaikan dari
            dakwahku, tidak lain adalah Dinullah (agama Allah), dalam
            rangka  melaksanakan  kandungan  La Ilaha Illallah  -  Tiada
            Tuhan  melainkan  Allah,  Muhammad  Rasulullah.  Maka
            barangsiapa  berpegang  teguh  pada  agama  dan  membantu
            pengembangannya  dengan  ikhlas  dan  yakin,  pasti  Allah
            akan  menghulurkan  bantuan  dan  pertolonganNya  kepada
            orang  itu,  dan  Allah  akan  membantunya  untuk  dapat
            menguasai negeri-negeri musuhnya. Saya berharap kepada
            Tuan Amir supaya bersabar dan tetap berpegang terhadap
            pegangan  kita  bersama  dulu,  untuk  sama-sama  berjuang
            demi tegaknya kembali Dinullah di negeri ini. Mohon sekali
            lagi Tuan Amir menerima ajakan ini. Mudah-mudahan Allah
            akan memberi pertolongan kepada Tuan dan menjaga Tuan
            dari ancaman Badwi itu, begitu juga dengan musuh-musuh

            64 | Asep Solikin
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76