Page 66 - Menelisik Pemikiran Islam
P. 66

yang  berdiri  di  belakang  tabir maqam  Syeikh  Abdul Qadir
               Jailani di India misalnya.
                   Di tengah-tengah keadaan yang sedemikian rupa, maka
               Allah  melahirkan  seorang  muslih  kabir  (pembaharuan
               besar)  Syeikh  Muhammad  bin  'Abdul  Wahab  (al-Wahabi)
               dari 'Uyainah (Najd) sebagai mujaddid Islam terbesar abad
               ke 12 Hijriyah, setelah Ibnu Taimiyah, mujaddid abad ke 7
               Hijriyah yang sangat terkenal itu.
                   Bidang  pentajdidan  kedua  mujaddid  besar  ini  adalah
               sama,  iaitu  mengadakan  pentajdidan  dalam  aspek  aqidah,
               walau  masanya  berbeza,  iaitu  kedua-duanya  tampil  untuk
               memperbaharui  agama  Islam  yang  sudah  mulai  tercemar
               dengan  bid'ah,  khurafat  dan  tahyul  yang  sedang  melanda
               Islam  dan  kaum  Muslimin.  Menghadapi  hal  ini  Syeikh
               Muhammad  bin  'Abdul  Wahab  telah  menyusun  barisan
               Muwahhidin  yang  berpegang  kepada  pemurnian  tauhid.
               Bagi  para  lawannya,  pergerakan  ini  mereka  sebut
               Wahabiyin iaitu gerakan Wahabiyah.

                   Dalam pergerakan tersebut tidak sedikit rintangan dan
               halangan  yang  dilalui.  Kadangkala  Tuan  Syeikh  terpaksa
               melakukan tindakan kekerasan apabila tidak boleh dengan
               cara  yang  lembut.  Tujuannya  tidak  lain  melainkan  untuk
               mengembalikan    Islam   kepada   kedudukannya    yang
               sebenarnya, iaitu dengan memurnikan kembali aqidah umat
               Islam  seperti  yang  diajarkan  oleh  Kitab  Allah  dan  Sunnah
               RasulNya.
                   Setelah  perjuangan  yang  tidak  mengenal  penat  lelah
               itu, akhirnya niat yang ikhlas itu disampaikan Allah, sesuai
               dengan firmanNya:




                                              Menelisik Pemikiran Islam | 59
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71