Page 63 - Menelisik Pemikiran Islam
P. 63

bidang  pengajian  tertentu  yang  selama  ini  belum  sempat
            didalaminya.
                 Di sana  beliau  bermukim  untuk  beberapa waktu,  dan
            kemudian  beliau  kembali  ke  kampung  asalnya  Uyainah,
            tetapi tidak lama kemudian beliau menyusul orang tuanya
            yang  merupakan  bekas  ketua  jabatan  urusan  agama
            Uyainah ke Haryamla, iaitu suatu tempat di daerah Uyainah
            juga.
                 Adalah  dikatakan  bahwa  di  antara  orang  tua  Syeikh
            Muhammad  dan  pihak  berkuasa  Uyainah  berlaku
            perselisihan  pendapat,  yang  oleh  kerana  itulah  orang  tua
            Syeikh  Muhammad  terpaksa  berhijrah  ke  Haryamla  pada
            tahun 1139.
                 Setelah  perpindahan  ayahnya  ke  Haryamla  kira-kira
            setahun,  barulah  Syeikh  Muhammad  menyusulnya  pada
            tahun  1140  H.  Kemudian,  beliau  bersama  bapanya  itu
            mengembangkan  ilmu  dan  mengajar  serta  berdakwah
            selama  lebih  kurang  13  tahun  lamanya, sehingga  bapanya
            meninggal dunia di sana pada tahun 1153.
                 Setelah tiga belas tahun menegakkan amar ma'ruf dan
            nahi mungkar di Haryamla, beliau mengajak pihak berkuasa
            setempat  untuk  bertindak  tegas  terhadap  kumpulan
            penjahat  yang  selalu  melakukan  rusuhan,  rampasan,
            rompakan  serta  pembunuhan.  Maka  kumpulan  tersebut
            tidak  senang  kepada  Syeikh  Muhammad,  lalu  mereka
            mengancam  hendak  membunuhnya.  Syeikh  Muhammad
            terpaksa  meninggalkan  Haryamla,  berhijrah  ke  Uyainah
            tempat bapanya dan beliau sendiri dilahirkan.




            56 | Asep Solikin
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68