Page 60 - Menelisik Pemikiran Islam
P. 60

Syeikh  Muhammad  mempunyai  daya  kecerdasan  dan
               ingatan  yang  kuat,  sehingga  apa  saja  yang  dipelajarinya
               dapat difahaminya dengan cepat sekali, kemudian apa yang
               telah dihafalnya tidak mudah pula hilang dalam ingatannya.

                   Demikianlah  keadaannya,  sehingga  kawan-kawan
               sepersekolahannya kagum dan hairan kepadanya.

               Belajar di Makkah, Madinah dan Basrah
                   Setelah mencapai usia dewasa, Syeikh Muhammad bin
               'Abdul  Wahab  diajak  oleh  ayahnya  untuk  bersama-sama
               pergi ke tanah suci Mekah untuk menunaikan rukun Islam
               yang kelima - mengerjakan haji di Baitullah. Dan manakala
               telah  selesai  menunaikan  ibadah  haji,  ayahnya  terus
               kembali  ke  kampung  halamannya.  Adapun  Muhammad,  ia
               tidak pulang, tetapi terus tinggal di Mekah selama beberapa
               waktu,  kemudian  berpindah  pula  ke  Madinah  untuk
               melanjutkan  pengajiannya  di  sana.  Di  Madinah,  beliau
               berguru  pada  dua  orang  ulama  besar  dan  termasyhur  di
               waktu itu. Kedua-dua ulama tersebut sangat berjasa dalam
               membentuk  pemikirannya,  iaitu  Syeikh  Abdullah  bin
               Ibrahim bin Saif an-Najdi dan Syeikh Muhammad Hayah al-
               Sindi.

                   Selama  berada  di  Madinah,  beliau  sangat  prihatin
               menyaksikan  ramai  umat  Islam  tempatan  maupun
               penziarah  dari  luar  kota  Madinah  yang  telah  melakukan
               perbuatan-perbuatan  tidak  senonoh  dan  tidak  sepatutnya
               dilakukan oleh orang yang mengaku dirinya Muslim. Beliau
               melihat ramai umat yang berziarah ke maqam Nabi maupun
               ke maqam-maqam lainnya untuk memohon syafaat, bahkan
               meminta sesuatu hajat pada kuburan maupun penghuninya,
               yang mana hal ini sama sekali tidak dibenarkan oleh agama
               Islam.  Apa  yang  disaksikannya  itu  menurut  Syeikh

                                              Menelisik Pemikiran Islam | 53
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65