Page 61 - Menelisik Pemikiran Islam
P. 61
Muhammad adalah sangat bertentangan dengan ajaran
Islam yang sebenarnya.
Kesemua inilah yang semakin mendorong Syeikh
Muhammad untuk lebih mendalami pengkajiannya tentang
ilmu ketauhidan yang murni, yakni, aqidah salafiyah.
Bersamaan dengan itu beliau berjanji pada dirinya sendiri,
bahwa pada suatu ketika nanti, beliau akan mengadakan
perbaikan (islah) dan pembaharuan (tajdid) dalam masalah
yang berkaitan dengan ketauhidan, iaitu mengembalikan
aqidah umat kepada sebersih-bersihnya tauhid yang jauh
dari khurafat, tahyul dan bid'ah. Untuk itu, beliau mesti
mendalami benar-benar tentang aqidah ini melalui kitab-
kitab hasil karya ulama-ulama besar di abad-abad yang
silam.
Di antara karya-karya ulama terdahulu yang paling
terkesan dalam jiwanya adalah karya-karya Syeikh al-Islam
Ibnu Taimiyah. Beliau adalah mujaddid besar abad ke 7
Hijriyah yang sangat terkenal.
Demikianlah meresapnya pengaruh dan gaya Ibnu
Taimiyah dalam jiwanya, sehingga Syeikh Muhammad bin
'Abdul Wahab bagaikan duplikat(salinan) Ibnu Taimiyah.
Khususnya dalam aspek ketauhidan, seakan-akan semua
yang diidam-idamkan oleh Ibnu Taimiyah semasa hidupnya
yang penuh ranjau dan tekanan dari pihak berkuasa,
semuanya telah ditebus dengan kejayaan Ibnu 'Abdul
Wahab yang hidup pada abad ke 12 Hijriyah itu.
Setelah beberapa lama menetap di Mekah dan
Madinah, kemudian beliau berpindah ke Basrah. Di sini
beliau bermukim lebih lama, sehingga banyak ilmu-ilmu
yang diperolehinya, terutaman di bidang hadith dan
54 | Asep Solikin