Page 64 - Menelisik Pemikiran Islam
P. 64

Keadaan Negeri Najd, Hijaz dan Sekitarnya

                   Keadaan negeri Najd, Hijaz dan sekitarnya semasa awal
               pergerakan  tauhid  amatlah  buruknya.  Krisis  aqidah  dan
               akhlak  serta  merosotnya  tata  nilai  sosial,  ekonomi  dan
               politik  sudah  mencapai  titik  kemuncak.  Semua  itu  adalah
               akibat  penjajahan  bangsa  Turki  yang  berpanjangan
               terhadap bangsa dan Jazirah Arab, di mana tanah Najd dan
               Hijaz  adalah  termasuk  jajahannya,  di  bawah  penguasaan
               Sultan Muhammad Ali Pasya yang dilantik oleh Khalifah di
               Turki  (Istanbul)  sebagai  gabenur  jeneral  untuk  daerah
               koloni  di  kawasan  Timur  Tengah,  yang  berkedudukan  di
               Mesir.

                   Pemerintahan Turki Raya pada waktu itu mempunyai
               daerah  kekuasaan  yang  cukup  luas.  Pemerintahannya
               berpusat di Istanbul (Turki), yang begitu jauh dari daerah
               jajahannya.
                   Kekuasaan dan pengendalian khalifah maupun sultan-
               sultannya untuk daerah yang jauh dari pusat, sudah mulai
               lemah  dan  kendur  disebabkan  oleh  kekacauan  di  dalam
               negeri dan kelemahan di pihak khalifah dan para sultannya.
               Di  samping  itu,  adanya  cita-cita  dari  amir-amir  di  negeri
               Arab  untuk  melepaskan  diri  dari  kekuasaan  pemerintah
               pusat  yang  berkedudukan  di  Turki.  Ditambah  lagi  dengan
               hasutan  dari  bangsa  Barat,  terutama  penjajah  tua  iaitu
               British dan Perancis yang menghasut bangsa Arab dan umat
               Islam supaya berjuang  merebut kemerdekaan  dari  bangsa
               Turki,  hal  mana  sebenarnya  hanyalah  tipudaya  untuk
               memudahkan  kaum  penjajah  tersebut  menanamkan
               pengaruhnya  di  kawasan  itu,  kemudian  mencengkamkan
               kuku  penjajahannya  di  dalam  segala  lapangan,  seperti
               politik, ekonomi, kebudayaan dan aqidah.


                                              Menelisik Pemikiran Islam | 57
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69