Page 62 - Menelisik Pemikiran Islam
P. 62

musthalahnya,  fiqh  dan  usul  fiqhnya,  gramatika  (ilmu
               qawa'id) dan tidak ketinggalan pula lughatnya semua.
                   Lengkaplah  sudah ilmu  yang  diperlukan  oleh  seorang
               yang pintar yang kemudian dikembangkan sendiri melalui
               self-study  (belajar  sendiri)  sebagaimana  lazimnya  para
               ulama besar Islam mengembangkan ilmu-ilmunya. Di mana
               bimbingan  guru  hanyalah  sebagai  modal  dasar  yang
               selanjutnya  untuk  dapat  dikembangkan  dan  digali  sendiri
               oleh yang bersangkutan.
               Mulai Berdakwah
                   Syeikh  Muhammad  bin  'Abdul  Wahab  memulai
               dakwahnya  di  Basrah,  tempat  di  mana  beliau  bermukim
               untuk menuntut ilmu ketika itu. Akan tetapi dakwahnya di
               sana  kurang  berjaya,  kerana  menemui  banyak  rintangan
               dan halangan dari kalangan para ulama setempat.

                   Di antara pendukung dakwahnya di kota Basrah ialah
               seorang  ulama  yang  bernama  Syeikh  Muhammad  al-
               Majmu'i.  Tetapi  Syeikh  Muhammad  bin  'Abdul  Wahab
               bersama  pendukungnya  mendapat  tekanan  dan  ancaman
               dari sebahagian ulama su', iaitu ulama jahat yang memusuhi
               dakwahnya  di  sana;  kedua-dua  mereka  diancam  akan
               dibunuh.  Akhirnya  beliau  meninggalkan  Basrah  dan
               mengembara     ke   beberapa    negeri   Islam   untuk
               memperluaskan ilmu dan pengalamannya.

                   Di  samping  mempelajari  keadaan  negeri-negeri  Islam
               yang berjiran, demi kepentingan dakwahnya di masa akan
               datang,  dan  setelah  menjelajahi  beberapa  negeri  Islam,
               beliau  lalu  kembali  ke  al-Ihsa  menemui  gurunya  Syeikh
               Abdullah bin 'Abd Latif al-Ihsai untuk mendalami beberapa




                                              Menelisik Pemikiran Islam | 55
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67