Page 65 - Menelisik Pemikiran Islam
P. 65
Kemerosotan dari sektor agama, terutama yang
menyangkut aqidah sudah begitu memuncak. Kebudayaan
jahiliyah dahulu seperti taqarrub (mendekatkan diri) pada
kuburan (maqam) keramat, memohon syafaat dan meminta
berkat serta meminta diampuni dosa dan disampaikan
hajat, sudah menjadi ibadah mereka yang paling utama
sekali, sedangkan ibadah-ibadah menurut syariat yang
sebenarnya pula dijadikan perkara kedua. Di mana ada
maqam wali, orang-orang soleh, penuh dibanjiri oleh
penziarah-penziarah untuk meminta sesuatu hajat
keperluannya. Seperti misalnya pada maqam Syeikh Abdul
Qadir Jailani, dan maqam-maqam wali lainnya. Hal ini
terjadi bukan hanya di tanah Arab saja, tetapi juga di mana-
mana, di seluruh pelusuk dunia sehingga suasana di negeri
Islam waktu itu seolah-olah sudah berbalik menjadi
jahiliyah seperti pada waktu pra Islam menjelang
kebangkitan Nabi Muhammad SAW.
Masyarakat Muslim lebih banyak berziarah ke kuburan
atau maqam-maqam keramat dengan segala macam
munajat dan tawasul, serta pelbagai doa dialamatkan
kepada maqam dan penghuninya, dibandingkan dengan
mereka yang datang ke masjid untuk solat dan munajat
kepada Allah SWT. Demikianlah kebodohan umat Islam
hampir merata di seluruh negeri, sehingga di mana-mana
maqam yang dianggap keramat, maqam itu dibina bagaikan
bangunan masjid, malah lebih mewah daripada masjid,
kerana dengan mudah saja dana mengalir dari mana-mana,
terutama biaya yang diperolehi dari setiap pengunjung
yang berziarah ke sana, atau memang adanya tajaan dari
orang yang membiayainya di belakang tabir, dengan
maksud-maksud tertentu. Seperti dari imperalis British
58 | Asep Solikin