Page 70 - Menelisik Pemikiran Islam
P. 70

masyarakat Islam yang sudah kembali ke jahiliyah ini, iaitu,
               dengan  cara  mengembalikan  mereka  kepada  aqidah
               salafiyah  seperti  di  zaman  Nabi,  para  sahabat  dan  para
               tabi'in dahulu.

                   Di  antara  yang  beranggapan  sangsi  seperti itu  adalah
               Amir  (pihak  berkuasa)  wilayah  al-Ihsa'  (suku  Badwi)
               dengan  para  pengikut-pengikutnya  dari  Bani  Khalid
               Sulaiman  bin  Ari'ar al-Khalidi.  Mereka  adalah  suku  Badwi
               yang  terkenal  berhati  keras,  suka  merampas,  merompak
               dan  membunuh.  Pihak  berkuasa  al-Ihsa'  khuatir  kalau
               pergerakan  Syeikh  Muhammad  tidak  dipatahkan  secepat
               mungkin,  sudah  pasti  wilayah  kekuasaannya  nanti  akan
               direbut oleh pergerakan tersebut. Padahal Amir ini sangat
               takut  dijatuhkan  hukum  Islam  seperti  yang  telah
               diperlakukan  di  negeri  Uyainah.  Dan  tentunya  yang  lebih
               ditakutinya  lagi  ialah  kehilangan  kedudukannya  sebagai
               Amir  (ketua)  suku  Badwi.  Maka  Amir  Badwi  ini  menulis
               sepucuk  surat  kepada  Amir  Uyainah  yang  isinya
               mengancam pihak  berkuasa  Uyainah.  Adapun  isi  ancaman
               tersebut ialah:
                   "Apabila  Amir  Uthman  tetap  membiarkan  dan
               mengizinkan  Syeikh  Muhammad  terus  berdakwah  dan
               bertempat  tinggal  di  wilayahnya,  serta  tidak  mau
               membunuh Syeikh Muhammad, maka semua cukai dan ufti
               wilayah  Badwi  yang  selama  ini  dibayar  kepada  Amir
               Uthman  akan  diputuskan  (ketika  itu  wilayah  Badwi
               tertakluk di bawak kekuasaan pemerintahan Uyainah)."
                   Jadi, Amir Uthman dipaksa untuk memilih dua pilihan,
               membunuh Tuan Syeikh atau suku Badwi itu menghentikan
               pembayaran ufti.




                                              Menelisik Pemikiran Islam | 63
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75