Page 72 - Menelisik Pemikiran Islam
P. 72
Tuan yang lainnya. Dan Allah akan memberi kekuatan
kepada Tuan untuk melawan mereka agar Tuan dapat
mengambil alih daerah Badwi untuk sepenuhnya menjadi
daerah Uyainah di bawah kekuasaan Tuan."
Setelah bertukar fikiran di antara Tuan Syeikh dan
Amir Uthman, tampaknya pihak Amir tetap pada
pendiriannya, iaitu mengharapkan agar Tuan Syeikh
meninggalkan Uyainah secepat mungkin.
Dalam bukunya yang berjudul Al-Imam Muhammad
bin 'Abdul Wahab, Wada' Watahu Wasiratuhu, Syeikh
Muhammad bin 'Abdul 'Aziz bin 'Abdullah bin Baz, beliau
berkata:
"Demi menghindari pertumpahan darah, dan kerana
tidak ada lagi pilihan lain, di samping beberapa
pertimbangan lainnya maka terpaksalah Tuan Syeikh
meninggalkan negeri Uyainah menuju negeri Dar'iyah
dengan menempuh perjalanan secara berjalan kaki seorang
diri tanpa ditemani oleh sesiapa pun. Beliau meninggalkan
negeri Uyainah pada waktu dinihari, dan sampai ke negeri
Dar'iyah pada waktu malam hari." (Ibnu Baz, Syeikh 'Abdul
'Aziz bin 'Abdullah, m.s 22) Tetapi ada juga tulisan lainnya
yang mengatakan bahwa: Pada mulanya Tuan Syeikh
Muhammad mendapat sokongan penuh dari pemerintah
negeri Uyainah Amir Uthman bin Mu'ammar, namun setelah
api pergerakan dinyalakan, pemerintah tempatan
mengundurkan diri dari percaturan pergerakan kerana
alasan politik (besar kemungkinan takut dipecat dari
jabatannya sebagai Amir Uyainah oleh pihak atasannya).
Dengan demikian, tinggallah Syeikh Muhammad dengan
beberapa orang sahabatnya yang setia untuk meneruskan
Menelisik Pemikiran Islam | 65