Page 73 - Menelisik Pemikiran Islam
P. 73

missinya. Dan beberapa hari kemudian, Syeikh Muhammad
            diusir keluar dari negeri itu oleh pemerintahnya.
                 Bersamaan  dengan  itu,  pihak  berkuasa  telah
            merencanakan  pembunuhan  ke  atas  diri  Tuan  Syeikh  di
            dalam  perjalanannya,  namun  Allah  mempunyai  rencana
            sendiri  untuk  menyelamatkan  Tuan  Syeikh  dari  usaha
            pembunuhan,  wamakaru  wamakarallalu  wallahu  khairul
            makirin. Mereka mempunyai rencana dan Allah mempunyai
            rencanaNya  juga,  dan  Allah  sebaik-baik  pembuat  rencana.
            Sehingga  Tuan  Syeikh  Muhammad  bin  'Abdul  Wahab
            selamat di perjalanannya sampai ke negeri tujuannya, iaitu
            negeri Dar'iyah.

            Syeikh Muhammad di Dar'iyah
                 Sesampainya  Syeikh  Muhammad  di  sebuah  kampung
            wilayah  Dar'iyah,  yang  tidak  berapa  jauh  dari  tempat
            kediaman  Amir  Muhammad  bin  Saud  (pemerintah  negeri
            Dar'iyah),  Tuan  Syeikh  menemui  seorang  penduduk  di
            kampung  itu,  orang  tersebut  bernama  Muhammad  bin
            Sulaim al-'Arini. Bin Sulaim ini adalah seorang yang dikenal
            soleh oleh masyarakat tempatan.
                 Tuan  Syeikh meminta  izin  untuk tinggal  bermalam  di
            rumahnya sebelum ia meneruskan perjalanannya ke tempat
            lain.

                 Pada mulanya  ia ragu-ragu  menerima  Tuan  Syeikh  di
            rumahnya, kerana suasana Dar'iyah dan sekelilingnya pada
            waktu itu tidak tenteram, menyebabkan setiap tetamu yang
            datang  hendaklah  melapor  diri  kepada  pihak  berkuasa
            tempatan.  Namun,  setelah  Tuan  Syeikh  memperkenalkan
            dirinya serta menjelaskan maksud dan tujuannya datang ke
            negeri  Dar'iyah,  iaitu  hendak  menyebarkan  dakwah


            66 | Asep Solikin
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78