Page 78 - Menelisik Pemikiran Islam
P. 78
Gema dakwah beliau begitu membahana di seluruh
pelusuk Dar'iyah dan negeri-negeri jiran yang lain.
Kemudian, Tuan Syeikh mula menegakkan jihad, menulis
surat-surat dakwahnya kepada tokoh-tokoh tertentu untuk
bergabung dengan barisan Muwahhidin yang dipimpin oleh
beliau sendiri. Hal ini dalam rangka pergerakan
pembaharuan tauhid demi membasmi syirik, bid'ah dan
khurafat di negeri mereka masing-masing.
Untuk langkah awal pergerakan itu, beliau
memulakannya di negeri Najd. Beliau pun mula
mengirimkan surat-suratnya kepada ulama-ulama dan
penguasa-penguasa di sana.
Berdakwah Melalui Surat-menyurat
Tuan Syeikh menempuh pelbagai macam dan cara,
dalam menyampaikan dakwahnya, sesuai dengan keadaan
masyarakat yang dihadapinya. Di samping berdakwah
melalui lisan, beliau juga tidak mengabaikan dakwah secara
pena dan pada saatnya juga jika perlu beliau berdakwah
dengan besi (pedang).
Maka Tuan Syeikh mengirimkan suratnya kepada
ulama-ulama Riyadh dan para umaranya, yang pada ketika
itu adalah Dahkan bin Dawwas. Surat-surat itu
dikirimkannya juga kepada para ulama Khariq dan
penguasa-penguasa, begitu juga ulama-ulama negeri
Selatan, seperti al-Qasim, Hail, al-Wasyim, Sudair dan lain-
lain lagi.
Beliau terus mengirimkan surat-surat dakwahnya itu
ke mana-mana, sama ada ianya dekat ataupun jauh. Semua
surat-surat itu ditujukan kepada para umara dan ulama,
dalam hal ini termasuklah ulama negeri al-Ihsa', daerah
Menelisik Pemikiran Islam | 71