Page 79 - Menelisik Pemikiran Islam
P. 79
Badwi dan Haramain (Mekah - Madinah). Begitu juga
kepada ulama-ulama Mesir, Syria, Iraq, Hindia, Yaman dan
lain-lain lagi. Di dalam surat-surat itu, beliau menjelaskan
tentang bahaya syirik yang mengancam negeri-negeri Islam
di seluruh dunia, juga bahaya bid'ah, khurafat dan tahyul.
Bukanlah bererti bahwa ketika itu tidak ada lagi
perhatian para ulama Islam tempatan kepada agama ini,
sehingga seolah-olah bagaikan tidak ada lagi yang
menguruskan hal ehwal agama. Akan tetapi yang sedang
kita bicarakan sekarang adalah ihwal negeri Najd dan
sekitarnya.
Tentang keadaan negeri Najd, di waktu itu sedang
dilanda serba kemusyrikan, kekacauan, keruntuhan moral,
bid'ah dan khurafat. Kesemua itu lahir bukanlah kerana
tidak adanya para ulama, malah ulama sangat ramai
jumlahnya, tetapi kebanyakan mereka tidak mampu
menghadapi keadaan yang sudah begitu parah. Misalnya, di
negeri Yaman dan lainnya, di mana di sana tidak sedikit
para ulamanya yang aktif melakukan amar ma'ruf nahi
mungkar, serta menjelaskan mana yang bid'ah dan yang
sunnah. Namun Allah belum mentaqdirkan kejayaan
dakwah itu dari tangan mereka seperti apa yang Allah
taqdirkan kepada Tuan Syeikh Muhammad bin 'Abdul
Wahab.
Berkat hubungan surat menyurat Tuan Syeikh
terhadap para ulama dan umara dalam dan luar negeri,
telah menambahkan kemasyhuran nama Tuan Syeikh
sehingga beliau disegani di antara kawan dan lawannya,
hingga jangkauan dakwahnya semakin jauh berkumandang
di luar negeri, dan tidak kecil pengaruhnya di kalangan para
ulama dan pemikir Islam di seluruh dunia, seperti di Hindia,
72 | Asep Solikin