Page 82 - Menelisik Pemikiran Islam
P. 82
Meskipun usaha musuh-musuh dakwahnya begitu
hebat, sama ada dari kalangan dalam Islam sendiri, maupun
dari kalangan luarnya, yang dilancarkan melalui pena atau
ucapan, yang mana matlamatnya adalah hendak
membendung dakwah tauhid ini, namun usaha mereka sia-
sia belaka, kerana ternyata Allah SWT telah memenangkan
perjuangan dakwah tauhid yang dipelupuri oleh Syeikh
Islam, Imam Muhammad bin 'Abdul Wahab yang telah
mendapat sambutan bukan hanya oleh penduduk negeri
Najd saja, akan tetapi juga sudah menggema ke seluruh
dunia Islam dari Maghribi sampai ke Merauke, malah kini
sudah berkumandang pula ke seluruh jagat raya.
Dalam hal ini, jasa-jasa Putera Muhammad bin Saud
(pendiri kerajaan Arab Saudi) dengan semua anak cucunya
tidaklah boleh dilupakan begitu saja, di mana dari masa ke
masa mereka telah membantu perjuangan tauhid ini
dengan harta dan jiwa.
Siapakah Salafiyyah Itu?
Sebagaimana yang telah disebutkan, bahwa Salafiyyah
itu adalah suatu pergerakan pembaharuan di bidanng
agama, khususnya di bidang ketauhidan. Tujuannya ialah
untuk memurnikan kembali ketauhidan yang telah
tercemar oleh pelbagai macam bid'ah dan khurafat yang
membawa kepada kemusyrikan.
Untuk mencapai tujuan tersebut, Syeikh Muhammad
bin 'Abdul Wahab telah menempuh pelbagai macam cara.
Kadangkala lembut dan kadangkala kasar, sesuai dengan
sifat orang yang dihadapinya. Beliau mendapat tentangan
dan perlawanan dari kumpulan yang tidak menyenanginya
kerana sikapnya yang tegas dan tidak berganjak, sehingga
lawan-lawannya membuat tuduhan-tuduhan ataupun
Menelisik Pemikiran Islam | 75