Page 83 - Menelisik Pemikiran Islam
P. 83
pelbagai fitnah terhadap dirinya dan pengikut-pengikutnya.
Musuh-musuhnya pernah menuduh bahwa Syeikh
Muhammad bin 'Abdul Wahab telah melarang para
pengikutnya membaca kitab fiqh, tafsir dan hadith. Malahan
ada yang lebih kejam lagi, iaitu menuduh Syeikh
Muhammad telah membakar beberapa kitab tersebut, serta
memperbolehkan mentafsirkan al-Qur'an menurut
kehendak hawa nafsu sendiri.
Apa yang dituduh dan difitnah terhadap Syeikh Ibnu
'Abdul Wahab itu, telah dijawab dengan tegas oleh seorang
pengarang terkenal, iaitu al-Allamah Syeikh Muhammad
Basyir as-Sahsawani, dalam bukunya yang berjudul
Shiyanah al-Insan di halaman 473 seperti berikut:
"Sebenarnya perihal tuduhan tersebut telah dijawab
sendiri oleh Syeikh Ibnu 'Abdul Wahab sendiri dalam suatu
risalah yang ditulisnya dan dialamatkan kepada 'Abdullah
bin Suhaim dalam pelbagai masalah yang diperselisihkan
itu. Di antaranya beliau menulis bahwa semua itu adalah
bohong dan kata-kata dusta belaka, seperti dia dituduh
membatalkan kitab-kitab mazhab, dan dia mendakwakan
dirinya sebagai mujtahid, bukan muqallid."
Kemudian dalam sebuah risalah yang dikirimnya
kepada 'Abdurrahman bin 'Abdullah, Muhammad bin
'Abdul Wahab berkata:
"Aqidah dan agama yang aku anut, ialah mazhab ahli
sunnah wal jamaah, sebagai tuntunan yang dipegang oleh
para Imam Muslimin, seperti Imam-imam Mazhab empat
dan pengikut-pengikutnya sampai hari kiamat. Aku
hanyalah suka menjelaskan kepada orang-orang tentang
pemurnian agama dan aku larang mereka berdoa (mohon
76 | Asep Solikin