Page 81 - Menelisik Pemikiran Islam
P. 81
Wahab yang didukung oleh penguasa Amir Ibnu Saud.
Kemudian murid-murid keluaran Dar'iyah pula
menyebarkan ajaran-ajaran tauhid murni ini ke seluruh
pelusuk negeri dengan cara membuka sekolah-sekolah di
daerah-daerah mereka.
Namun, meskipun demikian, perjalanan dakwah ini
tidak sedikit mengalami rintangan dan gangguan yang
menghalangi. Tetapi setiap perjuangan itu tidak mungkin
berjaya tanpa adanya pengorbanan. Sejarah pembaharuan
yang digerakkan oleh Tuan Syeikh Muhammad bin 'Abdul
Wahab ini tercatat dalam sejarah dunia sebagai yang paling
hebat dari jenisnya dan amat cemerlang.
Di samping itu, hal ini merupakan suatu pergerakan
perubahan besar yang banyak memakan korban manusia
maupun harta benda. Kerana pergerakan ini mendapat
tentangan bukan hanya dari luar, akan tetapi lebih banyak
datangnya dari kalangan sendiri, terutama dari tokoh-tokoh
agama Islam sendiri yang takut akan kehilangan pangkat,
kedudukan, pengaruh dan jamaahnya. Namun, oleh kerana
perlawanan sudah dimulakan dari dalam, maka orang-
orang di luar Islam pula, terutama kaum orientalis
mendapat angin segar untuk turut campurtangan bagi
memperbesarkan lagi perselisihan di antara umat Islam
sehingga berlakunya bid'ah membid'ahkan dan malah kafir
mengkafirkan.
Masa-masa tersebut telah pun berlalu. Umat Islam kini
sudah sedar tentang apa dan siapa kaum Wahabi itu. Dan
satu persatu kejahatan dan kebusukan kaum orientalis yang
sengaja mengadu domba antara sesama umat Islam mula
disedari, begitu juga dari kaum penjajah Barat, semuanya
kini sudah terungkap.
74 | Asep Solikin