Page 77 - Menelisik Pemikiran Islam
P. 77
Sejak hijrahnya Tuan Syeikh ke negeri Dar'iyah,
kemudian melancarkan dakwahnya di sana, maka
berduyun-duyunlah masyarakat luar Dar'iyah yang datang
dari penjuru Jazirah Arab. Di antara lain dari Uyainah,
Urgah, Manfuhah, Riyadh dan negeri-negeri jiran yang lain,
menuju Dar'iyah untuk menetap dan bertempat tinggal di
negeri hijrah ini, sehingga negeri Dar'iyah penuh sesak
dengan kaum muhajirin dari seluruh pelusuk tanah Arab.
Nama Tuan Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahab
dengan ajaran-ajarannya itu sudah begitu popular di
kalangan masyarakat, baik di dalam negeri Dar'iyah
maupun di luar negerinya, sehingga ramai para penuntut
ilmu datang berbondong-bondong, baik secara
perseorangan maupun secara berkumpulan ke negeri
Dar'iyah.
Maka menetaplah Tuan Syeikh di negeri Hijrah ini
dengan penuh kebesaran, kehormatan dan ketenteraman
serta mendapat sokongan dan kecintaan dari semua pihak.
Beliau pun mula membuka madrasah dengan
menggunakan kurikulum yang menjadi teras bagi rencana
perjuangan beliau, iaitu bidang pengajian 'aqaid al-Qur'an,
tafsir, fiqh, usul fiqh, hadith, musthalah hadith, gramatika
(nahu/saraf) nya serta lain-lain lagi dari ilmu-ilmu yang
bermanfaat.
Dalam waktu yang singkat saja, Dar'iyah telah menjadi
kiblat ilmu dan kota pelajar penuntut Islam. Para penuntut
ilmu, tua dan muda, berduyun-duyun datang ke negeri ini.
Di samping pendidikan formal (madrasah), diadakan juga
dakwah serata, yang bersifat terbuka untuk semua lapisan
masyarakat umum, begitu juga majlis-majlis ta'limnya.
70 | Asep Solikin