Page 75 - Menelisik Pemikiran Islam
P. 75
untuk menerima dan membantu perjuangan ulama ini, mari
sekarang juga kekanda menjemputnya kemari."
Akhirnya, baginda Ibnu Saud dapat diyakinkan oleh
isterinya yang soleh itu. Namun, baginda bimbang sejenak.
Ia berfikir apakah Tuan Syeikh itu dipanggil datang
mengadapnya, ataukah dia sendiri yang harus datang
menjemput Tuan Syeikh, untuk dibawa ke tempat
kediamannya? Baginda pun meminta pandangan dari
beberapa penasihatnya, terutama iserinya sendiri, tentang
bagaimanakah cara yang lebih baik harus dilakukannya.
Isterinya dan para penasihatnya yang lain sepakat
bahwa sebaik-baiknya dalam hal ini, baginda sendiri yang
harus datang menemui Tuan Syeikh Muhammad di rumah
Muhammad bin Sulaim. Kerana ulama itu didatangi dan
bukan ia yang datang, al-'alim Yuraru wala Yazuru.'' Maka
baginda dengan segala kerendahan hatinya mempersetujui
nasihat dan isyarat dari isteri maupun para penasihatnya.
Maka pergilah baginda bersama beberapa orang
pentingnya ke rumah Muhammad bin Sulaim, di mana Tuan
Syeikh Muhammad bermalam.
Sesampainya baginda di rumah Muhammad bin
Sulaim; di sana Tuan Syeikh bersama tuan punya rumah
sudah bersedia menerima kedatangan Amir Ibnu Saud.
Amir Ibnu Saud memberi salam dan keduanya saling
merendahkan diri, saling menghormati. Amir Ibnu Saud
berkata:
"Ya Tuan Syeikh! Bergembiralah tuan di negeri kami,
kami menerima dan menyambut kedatangan Tuan di
negeri ini dengan penuh gembira. Dan kami berikrar
ntuk menjamin keselamatan dan keamanan Tuan Syeikh
68 | Asep Solikin