Page 68 - Menelisik Pemikiran Islam
P. 68
kemusyrikan. Amir menjawab: "Silakan... tidak ada seorang
pun yang boleh menghalang rancangan yang mulia ini."
Tetapi Tuan Syeikh mengajukan pendapat bahwa
beliau khuatir masalah itu kelak akan dihalang-halangi oleh
ahli jahiliyah (kaum Badwi) yang tinggal berdekatan
maqam tersebut. Lalu Amir menyediakan 600 orang tentera
untuk tujuan tersebuti bersama-sama Syeikh Muhammad
merobohkan maqam yang dikeramatkan itu.
Sebenarnya apa yang mereka sebut sebagai maqam
Zaid bin al-Khattab r.a yang gugur sebagai syuhada'
Yamamah ketika menumpaskan gerakan Nabi Palsu
(Musailamah al-Kazzab) di negeri Yamamah suatu waktu
dulu, hanyalah berdasarkan prasangka belaka. Kerana di
sana terdapat puluhan syuhada' (pahlawan) Yamamah yang
dikebumikan tanpa jelas lagi pengenalan mereka. Boleh jadi
yang mereka anggap maqam Zaid bin al-Khattab itu adalah
maqam orang lain. Tetapi oleh kerana masyarakat tempatan
di situ telah terlanjur beranggapan bahwa itulah maqam
beliau, mereka pun mengkeramatkannya dan membina
sebuah masjid di tempat itu, yang kemudian dihancurkan
pula oleh Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahab atas
bantuan Amir Uyainah, Uthman bin Mu'ammar.
Syeikh Muhammad tidak berhenti setakat di sana, akan
tetapi semua maqam-maqam yang dipandang merbahaya
bagi aqidah ketauhidan, yang dibina seperti masjid yang
pada ketika itu berselerak di seluruh wilayah Uyainah turut
diratakan semuanya. Hal ini adalah untuk mencegah agar
jangan sampai dijadikan objek peribadatan oleh masyarakat
Islam tempatan yang sudah mulai nyata kejahiliyahan
dalam diri mereka. Dan berkat rahmat Allah, maka pusat-
Menelisik Pemikiran Islam | 61