Page 67 - Menelisik Pemikiran Islam
P. 67

"Wahai  orang-orang  yang  beriman,  jika  kamu
            menolong  Allah  niscaya  Allah  akan  menolongmu  dan
            menetapkan pendirianmu." (Muhammad: 7)
            Awal Pergerakan Tauhid

                 Muhammad bin 'Abdul Wahab memulakan pergerakan
            di kampungnya sendiri iaitu Uyainah. Di waktu itu Uyainah
            diperintah  oleh  seorang  amir  (penguasa)  bernama  Amir
            Uthman bin Mu'ammar. Amir Uthman menyambut baik idea
            dan gagasan Syeikh Muhammad itu dengan sangat gembira,
            dan  beliau  berjanji  akan  menolong  perjuangan  tersebut
            sehingga mencapai kejayaan.
                 Selama  Tuan  Syeikh  melancarkan  dakwahnya  di
            Uyainah,  masyarakat  negeri  itu  baik  lelaki  dan  wanita
            merasakan kembali kenikmatan luarbiasa, yang selama ini
            belum  pernah  mereka  rasakan.  Dakwah  Tuan  Syeikh
            bergema  di  negeri  mereka.  Ukhuwah  Islamiyah  dan
            persaudaraan  Islam  telah  tumbuh  kembali  berkat
            dakwahnya  di  seluruh  pelusuk  Uyainah  dan  sekitarnya.
            Orang-orang  dari  jauh  pun  mula  mengalir  berhijrah  ke
            Uyainah,  kerana  mereka  menginginkan  keamanan  dan
            ketenteraman jiwa di negeri ini.

                 Syahdan;  pada  suatu  hari,  Syeikh  Muhammad  bin
            'Abdul  Wahab  meminta  izin  pada  Amir  Uthman  untuk
            menghancurkan  sebuah  bangunan  yang  dibina  di  atas
            maqam  Zaid  bin  al-Khattab.  Zaid  bin  al-Khattab  adalah
            saudara kandung Umar bin al-Khattab, Khalifah Rasulullah
            yang  kedua.  Tuan  Syeikh  Muhammad  mengemukakan
            alasannya kepada Amir, bahwa menurut hadith Rasulullah
            SAW,  membina  sesebuah  bangunan  di  atas  kubur  adalah
            dilarang, kerana yang demikian itu akan menjurus kepada



            60 | Asep Solikin
   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72